Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin.
Memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.
Terdapat 5 langkah yang perlu diambil untuk mengulas bahan-bahan yang telah disorot :
1. membandingkan dan membezakan
* mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
* kemahiran ini digunakan apabila - terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan. - membuat pilihan atau keputusan.
* langkah penggunaan : 1. perhatikan dan beri tumpuan pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur) 2. kenalpasti ciri kajian tindakan itu. 3. tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama. 4. menyatakan ciri itu sama atau berbeza.
2. menganalisis
* mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa dengan mencari makna yang tersirat. * kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. * menganalisis ialah suatau kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
3. menilai
* membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan. * menilai adalah satu langkah untuk menentukan keputusan yang akan dibuat.
4. membuat kesimpulan
*membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. * kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong penyataan.
5. mensintesis
* menggabungkan pelbagai idea, unsur dan perkara untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan, esei atau lukisan.
Tajuk buku : A teacher's Guide to Classroom Research (second edition)
Penulis : David Hopkins
Konsep Kajian Tindakan
Satu tindakan yang diambil oleh guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya sendiri ataupun mutu pengajaran guru-guru lain, menguji andaian daripada teori-teori pendidikan atau salah satu cara untuk menilai dan melaksanakan keutamaan sekolah. Dengan melakukan kajian tindakan ke atas mutu pengajaran diri sendiri ataupun rakan sekerja, ini bermakna guru tersebut akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan bertenaga.
Pengertian kajian tindakan
Terdapat 4 pengertian atau definisi kajian tindakan :
1. Robert Rapoport (1970) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah matlamat untuk memberi perhatian terhadap orang yang sedang mengalami masalah dan juga matlamat sains sosial dengan kolaborasi di antara rangka kerja atau prinsip-prinsip yang dipersetujui ramai.
2. Stephen Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:
proses dan mutu pengajaran
pemahaman dan penguasaan pengajaran
situasi dimana proses pengajaran berlaku
Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama orang luar.
3. Dave Ebbutt (1985) dalam kertas kerjanya mengatakan bahawa kajian tindakan adalah kajian sistematik dalam percubaan untuk meningkatkan mutu pengajaran oleh sekumpulan penyelidik dengan memerhatikan proses pengajaran sendiri dan juga refleksi terhadap kesan yang terhasil daripada proses pengajaran mereka. Dave juga telah mengambil definisi yang dibuat oleh Kemmis yang mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tindakan yang mudah, sekumpulan penyelidik boleh mengatur sesuatu keadaan mengikut pengalaman mereka sendiri.
4. John Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan. Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.
Mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan
1. guru akan lebih bertanggungjawab dan mengawal kerjaya profesional.
2. guru yang melakukan kajian tindakan akan mengembangkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
3. guru lebih bebas dan mempunyai kuasa untuk menentukan teknik dan mutu proses pengajaran dan pembelajaran.
4. menggalakkan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah-kaedah ataupun strategi pengajaran yang baru.
5. keinginan guru yang tinggi untuk diiktiraf seperti golongan profesional yang lain telah menggalakkan mereka untuk cenderung mencari jalan penyelesaian terhadap masalah sendiri.
Model Kajian Tindakan
Model lingkaran (spiral) Kemmis dan McTaggart (1988)
Contoh :
Lingkaran pertama
Merancang Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta berbanding perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang perasaan ingin tahu dalam diri pelajar?
Bertindak Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Memerhati Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat jangkaan.
Merefleksi Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk mengawal jangkaan pelajar.
Lingkaran kedua
Mengubah rancangan Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan sendiri. Matlamat yang sama masih diteruskan, tetapi mengurangkan bilangan kawalan penyataan.
Bertindak Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran.
Memerhati Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar.
Merefleksi Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku mereka semakin tidak dapat dikawal. Apa yang perlu guru lakukan?
Model Kajian Tindakan Elliott (1991)
Model Ebbutt (1985)
Model Kajian Tindakan McKernan (1991)
Prosedur Kajian Tindakan
sesuatu kajian tindakan tidak semestinya bermula dengan masalah. Apa yang diperlukan adalah idea untuk untuk meningkatkan mutu dan kualiti sesuatu perkara.
antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :
= apa yang berlaku sekarang?
= saya mahu meningkatkan......
= sesetengah orang tidak senang dengan......
= apa yang boleh saya buat untuk mengubah situasi tersebut?
= saya ada cadangan yang boleh saya aplikasikan di dalam kelas.
antara langkah-langkah yang boleh diambil :
jangan membuat kajian ke atas perkara atau isu yang memang tidak dapat dilakukan. contohnya, adalah mustahil untuk mengubah silibus buku teks yang sedang digunakan dalam semester yang pendek.
membuat kajian ke atas perkara yang terhad sahaja. ini penting untuk memastikan kejayaan yang memuaskan hasil daripada kajian yang lengkap dalam masa yang singkat. selain itu juga, dengan membuat kajian ke atas perkara yang sedikit, maka guru dapat menjangka dan merancang jangka masa yang diperlukan oleh projek itu.
pilih topik atau perkara yang penting kepada pelajar dan guru atau perkara yang biasa melibatkan aktiviti sekolah. perkara yang dipilih untuk dikaji hendaklah berunsurkan motivasi dalaman.
dalam menjalankan kajian ke atas kelas, cuba sebaik mungkin untuk bekerjasama secara kolaboratif. kerjasama secara kolaboratif dapat membentuk pasukan yang kuat dan guru dapat bertukar idea sesama sendiri.
hubungkaitkan kajian yang dilakukan di dalam kelas dengan perkembangan sekolah atau matlamat sekolah. ini adalah penting agar kajian yang dilakukan memberi manfaat bukan sahaja kepada guru, malah kepada pelajar dan sekolah amnya.
Sampel/Participant
*guru
*pelajar
Seting Kajian
*di dalam kelas
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
1.Nota lapangan
Membuat nota lapangan adalah salah satu cara melaporkan pemerhatian, refleksi dan tindak balas kepada masalah dalam bilik darjah. Seelok-eloknya, nota lapangan ditulis sebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa yang berlaku dalam bilik darjah masih segar dalam ingatan guru. Nota lapangan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang berpusatkan isu, maksudnya pemerhatian adalah fokus kepada isu-isu tertentu seperti mutu pengajaran, tingkahlaku pelajar dan perkara yang sedang berlaku. Nota lapangan
juga digunakan untuk menyediakan bahan-bahan kajian kes pelajar tertentu. Maklumat yang diperolehi haruslah berbentuk deskriptif berbanding spekulatif. Terdapat 4 kegunaan nota lapangan dalam kajian dalam bilik darjah:
a.Guru dapat fokus pada isu-isu tertentu sepanjang masa pengajaran.
b.Guru dapat mereflek reaksi pelajar dan suasana dalam bilik darjah.
c.Guru dapat menyediakan maklumat tentang apa yang sedang berlaku terhadap seseorang pelajar yang boleh digunakan dalam kajian kes.
d.Guru boleh merakam perkembangan guru-guru lain.
2.Rakaman Pita Audio
Rakaman pita audio adalah salah satu kaedah untuk mengumpul data yang amat popular di kalangan guru. Ia dapat menjadi alat yang berkesan untuk seseorang guru memulakan kajiannya. Dari segi praktikal, penggunaan perakam pita memerlukan pengetahuan teknikal untuk mengelakkansebarang gangguan teknikal berlaku semasa proses merakam dijalankan. Oleh itu, guru harus memastikan bahawa dia mahir untuk mengendalikan perakam dan bateri dicas sepenuhnya sebelum alat itu dibawa masuk ke dalam bilik darjah. 3 kegunaan perakam pita adalah:
a.Sebagai alat diagnostik untuk mengenalpasti mutu dan aspek pengajaran seseorang guru.
b.Menyediakan bukti tentang aspek-aspek tertentu secara terperinci.
c.Sebagai sumber tambahan kepada penilaian bilik darjah.
3.Temubual
Temubual dalam kajian bilik darjah boleh berlaku melalui 4 cara:
i.Antara guru dengan pelajar.
ii.Pemerhati dengan pelajar.
iii.Pelajar dengan pelajar.
iv.Guru dengan pemerhati.
Temubual secara berkumpulan dengan 3 atau 4 orang pelajar didapati lebih berkesan. Temuduga antara pelajar dengan pelajar boleh menghasilkan sumber data yang kaya, terutama jika pelajar mengikut jadual temubual yang disediakan oleh guru. 2 kegunaan temubual dalam kajian bilik darjah ialah:
a.Perbincangan antara guru dengan pelajar dapat menyediakan maklumat.
b.Untuk membaiki suasana dalam bilik darjah.
4.Perakam Pita Video
Perakam pita video semakin banyak digunakan oleh guru untuk mengumpul maklumat tentang mutu pengajarannya. Ini dapat meningkatkan mutu pengajaran guru apabila banyak kelemahan dapat dikesan dan guru tersebut akan mengambil tindakan untuk mengatasi kelemahan tersebut. 2 kegunaan perakam pita video ialah:
a.Untuk mendapatkan rakaman proses pengajaran dan pembelajaran secara visual.
b.Bertindak sebagai alat bantuan diagnosis.
5.Soal selidik
Soal selidik merupakan satu cara yang mudan dan cepat untuk mendapatkan maklumat tentang bilik darjah, kurikulum ataupun keberkesanan kaedah mengajar daripada pelajar. Objektif utama penggunaan kaedah soal selidik adalah untuk mendapatkan tindakbalas kuantitatif ke atas soalan-soalan tertentu.
Teknik Pengumpulan dan Penganalisisan Data
1. Rangka kerja analisis
2. Pengumpulan data
Dalam proses kajian dalam bilik darjah, langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengumpul data dengan menggunakan perakam video atau apa sahaja alat yang digunakan untuk mengumpul data tentang mutu pengajaran. Pada akhir peringkat pengumpulan data, bukan sahaja data dapat dikumpul, malah pelbagai hipotesis telah dibina untuk menerangkan tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah.
3. Kesahan
Kesahan hipotesis amat penting untuk memastikan kajian yang dilakukan adalah sah. Terdapat pelbagai teknik untuk menguji kesahan sesuatu hipotesis:
a. Triangulation
b. Saturation
c. Rival explanation
d. Negative cases
e. Call things by their right name
f. Audit trail
g. Key respondents
4. Penafsiran
Proses mengambil hipotesis yang sah dan boleh diterima pakai dan disesuaikan dengan makna.
5. Tindakan
Setelah menganalisis data, guru akan merancang tindakan yang seterusnya.
6. Proses analisis data
Etika Kajian Tindakan
1. Protokol dijaga
Memastikan orang-orang yang terlibat, masyarakat dan hak-hak dijaga dan dilindungi. Kebenaran perlu diperolehi daripada orang yang akan dijadikan sampel dalam kajian tindakan tersebut.
2. Penglibatan orang yang dikaji
Menggalakkan orang yang mempunyai kepentingan untuk meningkatkan pekembangan kajian.
3. Melapor perkembangan kajian.
4. Mendapatkan persetujuan untuk melaporkan hasil kerja
Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.
Jenis perubahan.
Terdapat 4 jenis perubahan: 1. perubahan ke arah peningkatan 2. perubahan strategik organisasi 3. perubahan reaktif 4. perubahan akibat daripada jangkaan
Perubahan adalah kompleks. * evolusi - perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang. - menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo. * revolusi - perubahan yang pantas. - perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.
Perubahan multidimensi. - sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. - terdapat 6 dimensi yang perlu difahami :
1. tujuan perubahan - perubahan peringkat pertama - perubahan peringkat kedua
2. unit perubahan -individu - kumpulan/pasukan - jabatan - organisasi - sistem organisasi - komuniti
3. sifat perubahan
4. magnitud perubahan
5. skop perubahan
6. jangkamasa perubahan
Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenal pasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya : 1. perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam. sikap dan amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput.
2. peubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal.
3. perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.
Model-model perubahan.
1. Model penggabungan Roger * proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti.
2. Model Kenter * 4 tugas inovasi : 1. penjanaan idea 2. membina idea 3. realisasi idea 4. pemindahan idea
3. Model Rand * tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan. * menurut Berman & Mc Lauglin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah : 1. daya usaha 2. implementasi 3. penggabungan
4. Model Acot * pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur. * 5 langkah perubahan dlm P&P : 1. kemasukan (entry) 2. memilih (adoption) 3. menyesuai (adaptation) 4. penggunaan (appropriation) 5. merekacipta (invention)
Ahli kumpulan : Najwa Hayatee bt Abdullah Nurul Huda Mahmud Taridi Ummi Salmah Adnan
Soalan: Bincangkan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.
Jawapan
8 sebab
1. tidak bersedia untuk menerima perubahan. 2. selesa dengan cara lama. 3. masih menunggu hasil dari cara lama. 4. supaya tidak mahu kelihatan bodoh apabila tidak dapat melakukan perubahan. 5. berpegang kepada adat dan budaya yang menyekat daripada melakukan perubahan. 6. tidak berkeyakinan dengan hasil yang diperolehi daripada perubahan yang dilakukan. 7. menganggap perubahan sebagai 1 proses yang memakan masa yang lama dan mebuang masa. 8. kurang pendedahan dan pengetahuan terhadap apa yang bakal dilakukan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk berfikiran negatif terhadap perubahan yang dilakukan.
Cara penyelesaian
1. memberi pendedahan secara menyeluruh dan terperinci tentang sebarang perubahan yang ingin dilakukan (sediakan kursus). 2. memperbanyakkan program motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai pendorong untuk berfikiran positif. 3. meyakinkan bahawa perubahan yang dilakukan tidak akan menghapuskan adat yang dipegang. 4. pemantauan dan penilaian yang berterusan untuk memastikan perubahan tersebut dilaksanakan dan berkekalan (contoh : perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan).
Selepas mengikuti kursus Kaedah Mengajar : -refleksi ke atas masalah penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesutau tajuk - cadangkan satu strategi atau kaedah pengajaran untuk mengatasi maslah tersebut
Ketua : Nuru Huda Mahmud Taridi Pencatat : Najwa Hayatee Abdullah Pembentang : Ummi Salmah Adnan
Tajuk : Pembahagian Sel ( Mitosis & Meiosis)
Masalah : - pengajaran susah untuk disampaikan kerana tajuk itu lebih memerlukan imaginasi, iaitu pelajar perlu membayangkan bagaimana proses pembahagian sel berlaku
Penambahbaikan : - menggunakan pelbagai alat bantu mengajar * video * model * gambar * animasi
Strategi : - membuat pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan tajuk. contoh : * menggunakan pelajar untuk melakonkan bagaimana setiap proses pembahagian sel berlaku - peruntukan masa yang lebih untuk mengajar tajuk tersebut - meminta pelajar untuk membuat kerja dalam kumpulan dan kemudian membentang hasil kerja kumpulan mereka - membuat kuiz untuk menguji tahap kefahaman pelajar
Pengumpulan data : - menilai hasil pembentangan pelajar -menilai dan mengenalpasti kelemahan pelajar melalui keputusan kuiz
Selepas mengikuti program BIG, refleksi ke atas malsalah dalam diri anda. - senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda - rancang pelan tindakan untuk menambahbaik: * matlamat * objektif
Pelan tindakan: - nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil - rancang bagaimana anda ingin mengumpul data - bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan - bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai objektif
Matlamat : - menjadi seorang insan yang seimbang daripada pelbagai aspek kehidupan
Objektif : - dapat menjadi seorang insan yang bijak menguruskan masa dengan baik - dapat menjadi seorang insan yang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu aktiviti
Pelan tindakan : - membuat tugasan dan menghantar tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan - merancang masa dan aktiviti dengan betul - merancang waktu tidur dan waktu bangun yang konsisten - sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab yang dipikul - sentiasa melakukan refleksi pada diri sendiri
Pengumpulan data: - mencatat waktu tidur dan waktu bangun setiap hari - membuat perbandingan sama ada waktu tidur dan bangun adalah konsisten - meminta pandangan daripada rakan-rakan
Memantau pelaksanaan pelan tindakan : - bertanya pada rakan-rakan - membuat refleksi pada diri sendiri
Menilai Pelan Tindakan Sama ada Mencapai Objektif: - melihat sebarang perubahan yang berlaku pada diri sendiri - meminta pandangan rakan-rakan - mengenalpasti sama ada tugasan dihantar tepat pada waktu yang ditetapkan
Contoh kajian tindakan yang dapat saya buat adalah dengan menjalankan kajian ke atas pelajar-pelajar sekolah untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa inggeris. Bagi mengatasi masalah ini, guru akan memberikan tugasan mengulas buku cerita dalam bahasa inggeris. Pelajar-pelajar perlu mencari buku cerita dalam bahasa inggeris dan membuat ulasan juga dalam bahasa inggeris. Dengan cara ini, pelajar akan selalu merujuk kamus untuk mencari perkataan-perkataan yang tidak difahami sekaligus ini akan dapat meningkatkan kefahaman dan kecekapan pelajar dalam penguasaan bahasa inggeris.
Kajian tindakan merupakan suatu kajian praktik yang dilakukan oleh pendidik yang mana kajian itu berbentuk inkuiri refleksi kendiri. Tujuan kajian tindakan dilakukan adalah untuk membaiki dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman mereka tentang kajian yang dilakukan. Kajian tindakan melibatkan proses mereflek, merancang, melaksana dan memerhati.