SOALAN
Selepas mengikuti kursus Kaedah Mengajar :
-refleksi ke atas masalah penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesutau tajuk
- cadangkan satu strategi atau kaedah pengajaran untuk mengatasi maslah tersebut
------------------------------------------------------------------------------
JAWAPAN
Ketua : Nuru Huda Mahmud Taridi
Pencatat : Najwa Hayatee Abdullah
Pembentang : Ummi Salmah Adnan
Tajuk : Pembahagian Sel ( Mitosis & Meiosis)
Masalah :
- pengajaran susah untuk disampaikan kerana tajuk itu lebih memerlukan imaginasi, iaitu pelajar perlu membayangkan bagaimana proses pembahagian sel berlaku
Penambahbaikan :
- menggunakan pelbagai alat bantu mengajar
* video
* model
* gambar
* animasi
Strategi :
- membuat pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan tajuk. contoh :
* menggunakan pelajar untuk melakonkan bagaimana setiap proses pembahagian sel berlaku
- peruntukan masa yang lebih untuk mengajar tajuk tersebut
- meminta pelajar untuk membuat kerja dalam kumpulan dan kemudian membentang hasil kerja kumpulan mereka
- membuat kuiz untuk menguji tahap kefahaman pelajar
Pengumpulan data :
- menilai hasil pembentangan pelajar
-menilai dan mengenalpasti kelemahan pelajar melalui keputusan kuiz
Khamis, April 30
Aktiviti 1: Refleksi ke atas Masalah Dalam Diri Sendiri
SOALAN
Selepas mengikuti program BIG, refleksi ke atas malsalah dalam diri anda.
- senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
- rancang pelan tindakan untuk menambahbaik: * matlamat
* objektif
Pelan tindakan:
- nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
- rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
- bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
- bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai objektif
-------------------------------------------------------------------------------------
JAWAPAN
Masalah yang ada :
- tidur secara berlebihan
Matlamat :
- menjadi seorang insan yang seimbang daripada pelbagai aspek kehidupan
Objektif :
- dapat menjadi seorang insan yang bijak menguruskan masa dengan baik
- dapat menjadi seorang insan yang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu aktiviti
Pelan tindakan :
- membuat tugasan dan menghantar tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan
- merancang masa dan aktiviti dengan betul
- merancang waktu tidur dan waktu bangun yang konsisten
- sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab yang dipikul
- sentiasa melakukan refleksi pada diri sendiri
Pengumpulan data:
- mencatat waktu tidur dan waktu bangun setiap hari
- membuat perbandingan sama ada waktu tidur dan bangun adalah konsisten
- meminta pandangan daripada rakan-rakan
Memantau pelaksanaan pelan tindakan :
- bertanya pada rakan-rakan
- membuat refleksi pada diri sendiri
Menilai Pelan Tindakan Sama ada Mencapai Objektif:
- melihat sebarang perubahan yang berlaku pada diri sendiri
- meminta pandangan rakan-rakan
- mengenalpasti sama ada tugasan dihantar tepat pada waktu yang ditetapkan
Ahad, April 26
BUKU KAJIAN TINDAKAN
Title : A Teacher's Guide To Classroom Research
Author : David Hopkins
Year of publication : 1993
Published by : Open University Press
Title : Research Methods in Education
Authors : William Wiersma & Stephen G. Jurs
Year of publication : 2005
Published by : Pearson Education, Inc.
Author : David Hopkins
Year of publication : 1993
Published by : Open University Press
Title : Research Methods in Education
Authors : William Wiersma & Stephen G. Jurs
Year of publication : 2005
Published by : Pearson Education, Inc.
Sabtu, April 25
CONTOH KAJIAN TINDAKAN
Contoh kajian tindakan yang dapat saya buat adalah dengan menjalankan kajian ke atas pelajar-pelajar sekolah untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa inggeris. Bagi mengatasi masalah ini, guru akan memberikan tugasan mengulas buku cerita dalam bahasa inggeris. Pelajar-pelajar perlu mencari buku cerita dalam bahasa inggeris dan membuat ulasan juga dalam bahasa inggeris. Dengan cara ini, pelajar akan selalu merujuk kamus untuk mencari perkataan-perkataan yang tidak difahami sekaligus ini akan dapat meningkatkan kefahaman dan kecekapan pelajar dalam penguasaan bahasa inggeris.
JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN
Terdapat empat jenis Kajian Tindakan :
1. individu
2. kolaborasi
3. sekolah
4. daerah
1. individu
2. kolaborasi
3. sekolah
4. daerah
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan merupakan suatu kajian praktik yang dilakukan oleh pendidik yang mana kajian itu berbentuk inkuiri refleksi kendiri. Tujuan kajian tindakan dilakukan adalah untuk membaiki dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman mereka tentang kajian yang dilakukan. Kajian tindakan melibatkan proses mereflek, merancang, melaksana dan memerhati.
Jumaat, April 24
LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN
Konsep Kajian Tindakan telah diusahakan oleh Kurt Lewin yang merupakan seorang ahli psikologi sosial pada tahun 1946. Pendekatan Kajian Tindakan telah digunakan berikutan pelbagai masalah dalam komuniti telah timbul selepas Perang Dunia Kedua. Beliau telah mengutamakan dua idea yang penting, iaitu :
1. keputusan kumpulan
2. komitmen kepada peningkatan kerja
Idea Lewin ini kemudiannya telah diperkembang oleh Stephen Corey di Teachers College, Colombia University, New York pada tahun 1953. Corey memperkembang idea ini sebagai satu pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. Pada tahun 1976 di United Kingdom, John Elliot dan rakan-rakannya pula menggunakan kaedah Kajian Tindakan dalam Ford Teaching Project sebagai pendekatan dalam membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di Eropah, kaedah ini digunakan sebagai salah satu usaha untuk mengubah dan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. Di Australia pula, Kemmis dam McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan sebagai alat empirikal dan sistematik untuk meningkatkan mutu prestasi guru di sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)