Jumaat, April 24

LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN

Konsep Kajian Tindakan telah diusahakan oleh Kurt Lewin yang merupakan seorang ahli psikologi sosial pada tahun 1946. Pendekatan Kajian Tindakan telah digunakan berikutan pelbagai masalah dalam komuniti telah timbul selepas Perang Dunia Kedua. Beliau telah mengutamakan dua idea yang penting, iaitu :
1. keputusan kumpulan
2. komitmen kepada peningkatan kerja
Idea Lewin ini kemudiannya telah diperkembang oleh Stephen Corey di Teachers College, Colombia University, New York pada tahun 1953. Corey memperkembang idea ini sebagai satu pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. Pada tahun 1976 di United Kingdom, John Elliot dan rakan-rakannya pula menggunakan kaedah Kajian Tindakan dalam Ford Teaching Project sebagai pendekatan dalam membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di Eropah, kaedah ini digunakan sebagai salah satu usaha untuk mengubah dan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. Di Australia pula, Kemmis dam McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan sebagai alat empirikal dan sistematik untuk meningkatkan mutu prestasi guru di sekolah.

0 comments:

Catat Ulasan