Khamis, Mei 14

NOTA MINGGU KE-4

Kajian kepustakaan

  • Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
  • Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin.
  • Memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.
  • Terdapat 5 langkah yang perlu diambil untuk mengulas bahan-bahan yang telah disorot :
1. membandingkan dan membezakan
* mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

* kemahiran ini digunakan apabila - terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan.
- membuat pilihan atau keputusan.

* langkah penggunaan :
1. perhatikan dan beri tumpuan pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur)
2. kenalpasti ciri kajian tindakan itu.
3. tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama.
4. menyatakan ciri itu sama atau berbeza.


2. menganalisis
* mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa dengan mencari makna yang tersirat.
* kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
* menganalisis ialah suatau kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

3. menilai
* membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan.
* menilai adalah satu langkah untuk menentukan keputusan yang akan dibuat.


4. membuat kesimpulan
*membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
* kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong penyataan.

5. mensintesis
* menggabungkan pelbagai idea, unsur dan perkara untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan, esei atau lukisan.

2 comments:

srsfeqah berkata...

SELAMAT HARI GURU
Selamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar

Najwa Hayatee berkata...

Selamat hari guru gak..
Selamat beraction research
selamat berseminar

Catat Ulasan