Ahad, Mei 10

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN- MINGGU 3

Konsep perubahan dalam pendidikan.

Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.

Jenis perubahan.

Terdapat 4 jenis perubahan:
1. perubahan ke arah peningkatan
2. perubahan strategik organisasi
3. perubahan reaktif
4. perubahan akibat daripada jangkaan

Perubahan adalah kompleks.
* evolusi - perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
- menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
* revolusi - perubahan yang pantas.
- perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

Perubahan multidimensi.
- sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.
- terdapat 6 dimensi yang perlu difahami :

1. tujuan perubahan - perubahan peringkat pertama
- perubahan peringkat kedua

2. unit perubahan -individu
- kumpulan/pasukan
- jabatan
- organisasi
- sistem organisasi
- komuniti

3. sifat perubahan

4. magnitud perubahan

5. skop perubahan

6. jangkamasa perubahan

Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenal pasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya :
1. perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam. sikap dan amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput.

2. peubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal.

3. perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

Model-model perubahan.

1. Model penggabungan Roger
* proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti.

2. Model Kenter
* 4 tugas inovasi : 1. penjanaan idea
2. membina idea
3. realisasi idea
4. pemindahan idea

3. Model Rand
* tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan.
* menurut Berman & Mc Lauglin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah :
1. daya usaha
2. implementasi
3. penggabungan

4. Model Acot
* pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
* 5 langkah perubahan dlm P&P :

1. kemasukan (entry)
2. memilih (adoption)
3. menyesuai (adaptation)
4. penggunaan (appropriation)
5. merekacipta (invention)

0 comments:

Catat Ulasan